It's all about life..!!!

It's all about life..!!!

it's all about life!

Wednesday, April 28, 2010

Semoga hidupmu selalu indah..
selagi kehidupan manusia lainnya terasa pahit..
semoga engkau terasa nyaman..
selagi banyak manusia merasa hidup tertekan..
jika cinta yang kau miliki adalah cinta sejati sejati..
maka segalanya akan menjadi mudah..
setiap yang berada di atas tanah adalah tanah juga..

tup...la tahzan yang menjadi pendampingku selama ni..terus ku tutup..
hurm..puisi karya dr.aidh bin abdullah al-qarni tersebut seakan mengingatkan aku tentang kisah hidup ini..
lalu...hati ini aku tanyakan pada akalku.
benarkah hidupnya akan selalu indah..
benarkah dirinya terasa nyaman sentiasa...
hurmm...buntu..

Tuesday, April 27, 2010

~Awan yang masih suram~

Betul ke langit kta masih mendung..?
betul ke awan yang telah pergi tu masih suram...
betul ke angin yang menghembus tu masih bawa khabar duka hati kecil ini?
betul ke segala-galanya masih kabur?

wahai hati yang kecil...
mengapa masih berharap..
bukankah itu mimpi dan angan-angan...
bukankah kisah sang pujangga hati telah kau kuburkan dalam-dalam..?

-kisah yang sempurna??-

Saturday, April 24, 2010

~Bila kita terasa diri bagus~

tok..tok..ish..nape la bilik ko ni macam ni..kat dina kepada ayu.
nape dengan bilik aku dina?..ayu tidak mengerti..
hurm...bilik ko ni penuh sangat dengan benda tak berguna..sambil muka Dina dicebikkan..
pe benda yang tak berguna yang ko maksudkan dina? tak fahamlah aku...
ye la...bilik ko ni penuh dengan benda tah pape...sambil sekali lagi muka dicebikkan...
hurm...cuba ko bagitau aku pe benda mengarut yang ko maksudkan...
ye la..bilik ko ni tak macam bilik aku..bilik aku kemas..bilik aku cantik...cam aku jugak la..aku kan perempuan yang baik..aku kan cantik luar dan dalam..tak macam ko ni ayu..hodoh..muka sekali lagi dicebikkan..
astagfirullahhalazim...em...tak mengapalah macam tu dina..ko bagitahulah aku..kat mana hodohnya bilik aku dan aku ni..
biar aku cuba perbaikinya...
hurmm...banyak sangat hodoh kau tu...sebab tu la aku dan shasaha tak suka berkawan dengan kau!!!..faham!!!

~Suara ku berharap :: by :: Hijau Daun~

Disini aku masih sendiri
Merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
Masih tanpamu

Bila esok hari datang lagi
Ku coba 'tuk hadapi semua ini
Meski tanpamu
Meski tanpamu

Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku disini
Ku dapat tertawa menangis merenung
Di tempat ini aku bertahan

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku slalu dihatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Kalau ku masih tetap disini
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menunggumu
Aku menunggu

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku ada dihatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya
Suara dengarkanlah aku

:: Hati kecil ::

~Jadilah wanita paling bahagia~

Wahai hati yang kecil..
mengapa masih berduka..
sedangkan si pujangga hati sedang asyik dan gemdira dengan dunia dan kehidupan barunya..
wahai hati yang kecil...
bukankah kau mahu bangun...
bukankah kau mahu mendekatkan diri dengan penciptaMU..
mengapa masih begini wahai hati yang kecil..
wahai hati yang kecil...
jangan lagi hidup bertemankan duka..
jangan lagi berteman air mata...
bergeraklah ke hadapan walau hanya selangkah...
bukankah..wanita bertuah itu untuk lelaki yang bertuah..
bukankah di setiap dugaan dan cabaran yang Allah berikan ini..
Allah telah janjikan kebaikan pada pengakhiran..
andai kau sabar dan mengaharapkan pahalanya...
wahai hati yang kecil..usahlah kau mensia-siakan lagi kehidupanmu...
langkahmu tidak bersendirian...langkahmu tidak akan sepi....
Allah pasti ada disisimu jika dirimu sentiasa redha dengan ketentuannya..
berusahalah wahai hati yang kecil..

~wahai hati yang kecil...jadilah wanita paling bahagia~

Thursday, April 22, 2010

"La Tahzan"

Bebanan tugasan dan tanggungjawab membuatkan hati kecil ini seperti tak berpijak di bumi yang nyata...
namun, hati kecil ini bersyukur..bersyukur dengan takdir yang Allah berikan pada hati kecil ini..
bebanan tugasan dan tanggungjawab membuatkan hidup hati kecil ini terisi..
mungkin dengan bebanan tugasan dan tanggungjawab ini dapat melekakan sedikit hati kecil ini daripada terus - menerus memikirkan tentang sang pujangga hati yang telah pergi..
beberapa hari yang lepas, hati kecil ini membaca buku "la Tahzan"...
tersentuh dan terpukul hati kecil ini dek penulisan penulis tersebut...
selama ini...hati kecil ini hanya tahu menyesali dan bersedih dengan takdir Allah ini...
tapi...setelah membaca buku tersebut...hati kecil ini bertekad tidak akan bersedih dan menyesal lagi..
ya..!!!hati kecil ini percaya Allah akan memberikan pengakhiran yang baik buat umatnya yang bersabar dan mengharapkan pahala di atas cabaran dan dugaan yang telah diberikan olehNYA

"Teruskan melangkah wahai hati yang kecil"

Saturday, April 17, 2010

~Penawar hati hamba~


Untuk penawar hati cikgu..
thank's lots..tanpa kamu semua mungkin hati kecil ini tak mampu nak melangkah lagi..
dan..kerana kamu semualah hati kecil ini gagahkan diri untuk terus melangkah...
dan..kerana kamu semua jugalah hati kecil ini semakin berani untuk belajar untuk menerima hakikat...
sesungguhnya..hati kecil ini sentiasa mendoakan kejayaan kamu semua...
dan..hati kecil ini mengharapkan agar kamu semua tidak tersalah dalam mengatur langkah menusuri hari-hari yang akan mendatang..
dan pastinya hari-hari tersebut akan lebih mencabar dari semalam..
wahai penawar hati hamba..semua murid 4 utarid..jadikanlah setiap hari adalah hari milik kamu, di mana hari semalam telah pun kamu semua kuburkan bersama kenangannya...dan hari esok bukanlah menjadi penghalang buat kamu untuk terus melangkah..!! salam sayang dari cikgu untuk semua murid kelas 4 utarid.

Monday, April 12, 2010

~semalam bukan lagi hari untuk diratapi~

Benarkah hari ini adalah hari yang menjadi milik hati kecil ini?
ya...hari ini adalah hari yang menjadi milikmu wahai hati yang kecil.

Bukankah semalam dan hari-hari yang lalu hati kecil ini sangat hiba dan suram?

ya..tapi hari semalam dan kenangannya telahpun hati kecil ini ikat dengan kemas di penjara masa silam, agar ikatannya tidak terlepas...lalu membuaikan kembali ingatan yang terlalu pedih untuk dikenang..

Benarkah wahai hati yang kecil...dirimu mampu untuk mengikat kuat ikatan silam itu...atau...hati kecil sekadar menidakkan kenangan yang tetap utuh dalam ingatan?

ya...ingatan itu tetap utuh dalam hati kecil ini...namun..seperti ada satu semangat dan cahaya yang memandu hati kecil untuk terus cuba mengikatnya...

Dengan apa caranya hati kecil ini cuba mengikatnya...dengan mencari sang pujangga baru??

tidak...hati kecil ini tidak sesekali memilih jalan itu...hati kecil ini cuba mendekati Pencipta yang maha AGUNG...doakan hati kecil ini agar terus tetap dan utuh dengan semangatnya...sudah lama hati kecil ini melupakan PenciptaNYA..sedangkan penciptaNYA itulah yang seharusnya perlu lebih disayangi...bukanlah sang pujangga hati yang juga tercipta olehNYA...ah, betapa bodohnya hati kecil ini dahulu!!!!

Sunday, April 11, 2010

~Pelangi selepas hujan~


Indah kan pelangi yang muncul selepas hujan...
tapi, kenapa pelangi mesti turun selepas hujan?
adakah tuhan sengaja menciptakan pelangi yang indah selepas menurunkan hujan yang membuatkan langit gelap dan redup...
yang mana sebelum ni..langit cerah dan indah sekali pada pandangan mata kita?
ramai yang beranggapan, hujan itu musibah..?
hujan bukan musibah..hujan adalah rahmat..hujan adalah penyubur alam..walaupun kehadiran hujan ni kadang-kala akan membuatkan semua urusan kita tergendala...tapi, hujan adalah rahmat..rahmat disebalik dugaan yang Allah berikan pada kita...
sebab tu la..selepas hujan...Allah anugerahkan pelangi yang indah buat tatapan kita...
buat penyejuk hati dan penenang hati kita setelah diuji dek hujan yang turun tiba-tiba tu..?

wahai hati yang kecil...sudahkah pelangi muncul di dalam dirimu setelah langit hatimu mendung dan suram??
hati ykecil sudah pun melihat keindahan pelangi yang muncul selepas hujan itu...
~keep it smile~

Saturday, April 10, 2010

wahai hati yang kecil..bagaimana keadaan dirimu?

wahai hati yang kecil...bagaimana dengan dirimu..?
masihkah dirimu diselubungi duka yang teramat perit untuk ditelan?
masihkah dirimu dirundung kemurungan yang amat memilukan?
masihkah dirimu diiringi tangisan yang tiada hujungnya?

hatu kecil ini..tidak lagi berduka seperti hari-hari yang lepas..
hati kecil ini sudah mampu tersenyum walaupun senyuman itu terukir kepahitan..
hati kecil ini sudah tidak mampu lagi untuk menangis...
wahai dunia dan kehidupannya..biarlah hati kecil ini hidup bersama kenangan dan impiannya yang telah pergi...

biarlah hati kecil ini belajar untuk cuba menerima hakikat..
yang kini..hati kecil perlu berjalan dan menghadapi dunia ini berseorangan...
hai kecil ini sedar...hidupnya masih berteman..Allah..tidak pernah melupakan hati kecil ini..
tapi..hati kecil ini yang sering melupakanNYA..
maafkan hati kecil ini..ya ALLAH...

Monday, April 5, 2010

Wahai hati..masihkah kau berduka?

wahai hati..masihkah kau berduka?
ya...hati ini masih berduka..
hati ini masih tidak mampu untuk menerima segalanya..
mungkinkah kita menjadi kawan??
mampukah aku untuk menjadi kawanmu??
wahai hati..adakah masih perlu berduka..??
tidak..teruskan langkahmu wahai hati yang kecil..
teruskan perjuanganmu wahai hati yang sunyi..
walau nanti jalanmu tidak lagi ditemani sang pujangga idaman hati..
walau nanti...langkahmu terasa berat untuk melangkah..teruskan langkahmu..
wahai hati..tabahkan dirimu...
teguhkan semangatmu...
~aku yang tanpa cintamu lagi~

Sunday, April 4, 2010

Aku tanpa cintamu lagi!

Aku tanpa cintamu lagi..!!!
mampu aku menghadapinya..??
kata seorang adik kepadaku..akak kena tabah..!!!..mungkin ni dugaan tuhan untuk akak..!!!mungkin jugak ni peringatan tuhan untuk akak..sebab selama ni akak lebih sayangkan .... dari akak sayangkan Allah..!!!
Nah..!!aku terpukul dek nasihat seorang adik kepadaku..!!
ya Allah..betulkah aku menyanyanginya lebih dari aku menyanyangi-MU..!!!
jika ini petunjukmu ya Allah..kuatkanlah hati dan semangatku!!!
Temukan aku dengan seseorang yang boleh membimbingku untuk lebih menyanyangi-MU daripada segala benda di dunia ini!!!