It's all about life..!!!

It's all about life..!!!

it's all about life!

Friday, April 22, 2011

S.A.B.A.R

sabar..aku??
Persoalan yang dulunya adalah bukan aku..
dek kerana itu..terlalu banyak kekesalan dan kekecawaan yang bertakhta kini.
jadi..siapa aku untuk menyalahkan takdir.
sedangkan tadbirnya aku sendiri yang pesong.

seringkali derai tangis mengisi malam-malam sepi.
demi sebuah penyesalan kepada masa silam.
aku bukan pendusta..aku juga bukan yang mudah berpaling.
aku didera oleh keadaan dan perasaan.
diasak oleh penderitaan yang sangat kejam.
dihadap dengan seribu satu ketakutan.

atas sabar yang bukan jawapan untukku dulu.
aku hilang segala yang dipuja.
derita demi sebuah perpisahan.

sabar...aku??
persoalannya dan jawapannya adalah aku.
terima kasih perpisahan.
kerana kau...aku semakin tabah!!
kerana kau...aku semakin berani!!
kerana kau...aku kenal erti maruah!!

::Hati kecil yang indah::

No comments:

Post a Comment