It's all about life..!!!

It's all about life..!!!

it's all about life!

Friday, April 22, 2011

~Pujian itu terlalu besar untuk aku~

Terharu..
yup..mmg aku patut terharu.
pujian tu terlalu besar untuk aku.
rasanya tak layak lagi aku nk tima segala pujian tu.
ya Allah..terima kasih di atas kurniamu..
menemukan aku dengan insan-insan yang sangat menenangkan jiwa...setelah Kau ambil seseorang yang terlalu aku sayang.
ah..sekali lagi..aku cuba buka duka di hati..hurm..

Dear Puan Faiziah,
terima kasih banyak atas tunjuk ajar yang tak pernah jemu.
terima kasih banyak atas kasih sayang yang sangat mendalam kesannya pada saya walaupun pertemuan dan perkenalan kita baru saja bermula..semoga ikatan silaturrahim yang terbina antara kita akan terus kekal dan berpanjangan.
mungkin ucapan terima kasih ini tak cukup nak membalas segala ilmu dan bakti yang puan dah curahkan pada saya..hanya doa yang mampu saya berikan untuk mengiringi perjalanan hidup puan.. :)

::..Hati kecil kembang semangkuk..::

S.A.B.A.R

sabar..aku??
Persoalan yang dulunya adalah bukan aku..
dek kerana itu..terlalu banyak kekesalan dan kekecawaan yang bertakhta kini.
jadi..siapa aku untuk menyalahkan takdir.
sedangkan tadbirnya aku sendiri yang pesong.

seringkali derai tangis mengisi malam-malam sepi.
demi sebuah penyesalan kepada masa silam.
aku bukan pendusta..aku juga bukan yang mudah berpaling.
aku didera oleh keadaan dan perasaan.
diasak oleh penderitaan yang sangat kejam.
dihadap dengan seribu satu ketakutan.

atas sabar yang bukan jawapan untukku dulu.
aku hilang segala yang dipuja.
derita demi sebuah perpisahan.

sabar...aku??
persoalannya dan jawapannya adalah aku.
terima kasih perpisahan.
kerana kau...aku semakin tabah!!
kerana kau...aku semakin berani!!
kerana kau...aku kenal erti maruah!!

::Hati kecil yang indah::

Sunday, April 17, 2011

..Kamu dan kamu..

kamu dan kamu..
itu persoalan yang sukar untuk terungkai..
itu persoalan yang sukar untuk dijawab..
itu persoalan yang sukar untuk diselesai..

bukan aku begitu..
bukan jugak aku begini..

aku begitu dan begini..
atas satu sebab..
hati....

:: hati kecil mengapa begini? ::

~Aku yang tidak sempurna~

yup..aku tidak sempurna.
hati kecil masih kabur..hati kecil masih berkira-kira..hati kecil masih membentak..hati kecil masih ragu..hati kecil masih tidak mampu menerima.
dan..hakikat itu tetap menjadi hakikat yang nyata.
*****

Thursday, April 7, 2011

hah..ni la gambar makanan yang ak beli kat paso tadi..sila jeles..ceit..hehe..



<< ha..ni la ghupenye putu piring yang aku makan tadi..sangat sedap..hehe..sila telan air liur..>>

yang lain2 tu ak mls nk upload..sbb ak rs msti smua org pnh tgk..lagipun, bkn de sp pun nk bc blog ni..huhu..

Jalan-jalan cari makan

uish..hari ni mmg 100 percent ak nyer diet rosak..huhu..mane tak rosaknya..pagi ak makan nasi masak lemak daging cili api..fuhh..kepedasannya..mmg mengancam sanubari..hehe..then, bila tyme balik dari sekolah, member2 ajak g mkn nasi kerabu kat satu kedai org klate ni..mmg terbaik la dia nyer nasi kerabu.di sebabkan ikan termenung goreng dia dh abis, so ak gantikan lauk tu ngan ikan termenung percik..hehe..sedap wey.. :) ..disebabkan dh dua kali aku tibai makan nasi hari ini..so, ak dengan nekadnya tak nak la sentuh nasi dh untuk donner malam ni (poyo abis)..hehe...

tup..tup...bangun je dari tido petang tu..perut ak mula bunyik2..huhu..pe lagi ni la yg jadi..huhu...

ak : fatin, jom g paso...nk tak?
fatin : kat ne?
ak : kat desaru...nk tak...
fatin : boley la...fatin nk siapkan keja jap cket..past tu nk g beli fail skali...
ak : ha..ok..nnti kt g beli fail kat family store...( dlm ati...ak x kan beli nasi kat paso nanti...NEKAD!!)...

bila kat paso....
ak :ok..kt street je..kt g beli putu piring je...(konon2)...
fatin : hurm.. (sinis ni) ..kuang asam nyer budak..hehe..

lastnya pe yang ak beli...

putu piring = 7 keping(rm2.80)
air mata kucing = 1 cawan (rm1.00)..sedap giler..huhu..
hati goreng = 1 cucuk (rm1.00)
x tau nama = 1 cucuk (rm1.00)
jagung rebus = 1 tongkol (rm2.00)..mahal kot..huh..!!!

sekian, program kita dalam "jalan-jalan cari makan"..esok..ak kn mkn megi je...huh..!!!

Wednesday, April 6, 2011

~sambil menyelam minum air~

wah...tajuk entry x nk kalah kan..hehe..
actually, tajuk tu xde pape mksud pun. ak cuma nk gtau je..ESOK..ak nk kena final OBSERVE, tapi, ak still lg ley layan kakiheboh, beautifulnara, facebook...dan yang paling tak ley tima, ak ley edit n hias2 blog ak..waaa...happynya ko ek...esok ko nk kn OBSERVE la..huh..!!!..g wat abm cepat..!!!..

:: hati kecil ::

Menjengah kembali.. :)

Siapa sangka awan kelabu akan pergi..
siapa sangka hati kecil kian besar..
siapa sangka dahulunya api, kini kian menjadi air..
siapa sangka dahulunya batu, kini kian mudah dilentur..
siapa sangka deraian air mata menjadi permata..(over kot ni..haha..)
siapa sangka aku akan berubah...

sesungguhnya Allah telah menjangkakannya...
TERIMA KASIH BANYAK YA ALLAH..!!!..

Monday, June 7, 2010

..aku maafkan dia..chapter close...!!!

dh lama aku tak tulis pape dalam blog aku ni..yg aku rasakan dh mcm diari maya aku..hehe..
actually..ada sebab np ak x nk buka blog ni..sbbnya ak wujudkan blog ni pun sbb seseorang..aku tak tau kat ne lg ak ni tumpahkan perasaan ak masa tu.
finally..aku rs ak dh ley tima takdir yang Allah dh tetapkan untuk ak ni.
aku yakin, Allah ada sebab yg sangat jelas..np Dia mesti menduga aku sampai mcm ni skali.
aku dh pun maafkan dia..dan aku cuma nk kan masa dan kekuatan untuk membolehkan ak hati aku betul-betul dapat lupakan dia. aku redha dengan ketetapan yang Allah dah sediakan untuk aku ni.
mungkin ni lah coretan aku yang terkahir dalam blog ni..
past ni..aku nk buka satu blog baru.sama juga dengan hidup aku..aku nk mulakan hidup aku yang baru.
aku yakin aku mampu nak mengharungi dugaan ni sekarang..sbb aku baru faham..tentang satu perkara..!!!..alhamdulillah..akhirnya ak faham..iaitu...selagi kita kita tak cuba nak memaafkan seseorang tu..selgi tu lah kita susah nak menerima dugaan yang sedang ditimpakan ke atas kita...
tah pe la yang aku merepek ni..
x kisah la..
at least..ak rs sngat2 bebas...hehe..
selamat tinggal kenangan..!!!..aku akan berusaha untuk tak mengenangkanmu..!!!insyaAllah

Sunday, May 2, 2010

~Cantik luar dan dalam~

Terhibur tengok "Biler musang berjanggut"..
dapat tak mesejnya wahai bunga-bunga sekalian..
bak kata ashraf..."istri yang aku nak cari perempuan..bukannya betina!!"

begitulah pandangan lelaki kepada kita..
sejahat-jahat lelaki, kaum adam ini masih mahukan sebaik-baik wanita...

adilkah?...
jangan risau...lelaki yang bertuah hanya mampu memiliki wanita yang bertuah sahaja...
dan..
wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik juga.

~seumpama pohon kurma~

seumpama pohon kurma..
rendang dan kukuh...
lebat dengan buahnya...
kaya dengan khasiatnya...
walau hebat...masih tunduk pada yang Esa..

mampukah hati kecil ini menjadi seumpama pohon kurma...
mampu..pasti mampu..

kuatkan hati dan semangatmu wahai hati yang kecil..
bukankah salah satu akhlak saidatina Aisyah adalah keras hati dan tabah..
namun, kerasnya hati Aisyah demi mempertahankan maruah dan Islam..
kerasnya Aisyah demi untuk menegakkan yang benar...
Kerasnya Aisyah masih meletakkan adil sebagai keutamaannya...

Ya Allah...kuatkanlah hatiku untuk terus menjadi pendampingMu..

::Hati kecil::

Wednesday, April 28, 2010

Semoga hidupmu selalu indah..
selagi kehidupan manusia lainnya terasa pahit..
semoga engkau terasa nyaman..
selagi banyak manusia merasa hidup tertekan..
jika cinta yang kau miliki adalah cinta sejati sejati..
maka segalanya akan menjadi mudah..
setiap yang berada di atas tanah adalah tanah juga..

tup...la tahzan yang menjadi pendampingku selama ni..terus ku tutup..
hurm..puisi karya dr.aidh bin abdullah al-qarni tersebut seakan mengingatkan aku tentang kisah hidup ini..
lalu...hati ini aku tanyakan pada akalku.
benarkah hidupnya akan selalu indah..
benarkah dirinya terasa nyaman sentiasa...
hurmm...buntu..

Tuesday, April 27, 2010

~Awan yang masih suram~

Betul ke langit kta masih mendung..?
betul ke awan yang telah pergi tu masih suram...
betul ke angin yang menghembus tu masih bawa khabar duka hati kecil ini?
betul ke segala-galanya masih kabur?

wahai hati yang kecil...
mengapa masih berharap..
bukankah itu mimpi dan angan-angan...
bukankah kisah sang pujangga hati telah kau kuburkan dalam-dalam..?

-kisah yang sempurna??-

Saturday, April 24, 2010

~Bila kita terasa diri bagus~

tok..tok..ish..nape la bilik ko ni macam ni..kat dina kepada ayu.
nape dengan bilik aku dina?..ayu tidak mengerti..
hurm...bilik ko ni penuh sangat dengan benda tak berguna..sambil muka Dina dicebikkan..
pe benda yang tak berguna yang ko maksudkan dina? tak fahamlah aku...
ye la...bilik ko ni penuh dengan benda tah pape...sambil sekali lagi muka dicebikkan...
hurm...cuba ko bagitau aku pe benda mengarut yang ko maksudkan...
ye la..bilik ko ni tak macam bilik aku..bilik aku kemas..bilik aku cantik...cam aku jugak la..aku kan perempuan yang baik..aku kan cantik luar dan dalam..tak macam ko ni ayu..hodoh..muka sekali lagi dicebikkan..
astagfirullahhalazim...em...tak mengapalah macam tu dina..ko bagitahulah aku..kat mana hodohnya bilik aku dan aku ni..
biar aku cuba perbaikinya...
hurmm...banyak sangat hodoh kau tu...sebab tu la aku dan shasaha tak suka berkawan dengan kau!!!..faham!!!

~Suara ku berharap :: by :: Hijau Daun~

Disini aku masih sendiri
Merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
Masih tanpamu

Bila esok hari datang lagi
Ku coba 'tuk hadapi semua ini
Meski tanpamu
Meski tanpamu

Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku disini
Ku dapat tertawa menangis merenung
Di tempat ini aku bertahan

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku slalu dihatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Kalau ku masih tetap disini
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menunggumu
Aku menunggu

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku ada dihatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya
Suara dengarkanlah aku

:: Hati kecil ::

~Jadilah wanita paling bahagia~

Wahai hati yang kecil..
mengapa masih berduka..
sedangkan si pujangga hati sedang asyik dan gemdira dengan dunia dan kehidupan barunya..
wahai hati yang kecil...
bukankah kau mahu bangun...
bukankah kau mahu mendekatkan diri dengan penciptaMU..
mengapa masih begini wahai hati yang kecil..
wahai hati yang kecil...
jangan lagi hidup bertemankan duka..
jangan lagi berteman air mata...
bergeraklah ke hadapan walau hanya selangkah...
bukankah..wanita bertuah itu untuk lelaki yang bertuah..
bukankah di setiap dugaan dan cabaran yang Allah berikan ini..
Allah telah janjikan kebaikan pada pengakhiran..
andai kau sabar dan mengaharapkan pahalanya...
wahai hati yang kecil..usahlah kau mensia-siakan lagi kehidupanmu...
langkahmu tidak bersendirian...langkahmu tidak akan sepi....
Allah pasti ada disisimu jika dirimu sentiasa redha dengan ketentuannya..
berusahalah wahai hati yang kecil..

~wahai hati yang kecil...jadilah wanita paling bahagia~

Thursday, April 22, 2010

"La Tahzan"

Bebanan tugasan dan tanggungjawab membuatkan hati kecil ini seperti tak berpijak di bumi yang nyata...
namun, hati kecil ini bersyukur..bersyukur dengan takdir yang Allah berikan pada hati kecil ini..
bebanan tugasan dan tanggungjawab membuatkan hidup hati kecil ini terisi..
mungkin dengan bebanan tugasan dan tanggungjawab ini dapat melekakan sedikit hati kecil ini daripada terus - menerus memikirkan tentang sang pujangga hati yang telah pergi..
beberapa hari yang lepas, hati kecil ini membaca buku "la Tahzan"...
tersentuh dan terpukul hati kecil ini dek penulisan penulis tersebut...
selama ini...hati kecil ini hanya tahu menyesali dan bersedih dengan takdir Allah ini...
tapi...setelah membaca buku tersebut...hati kecil ini bertekad tidak akan bersedih dan menyesal lagi..
ya..!!!hati kecil ini percaya Allah akan memberikan pengakhiran yang baik buat umatnya yang bersabar dan mengharapkan pahala di atas cabaran dan dugaan yang telah diberikan olehNYA

"Teruskan melangkah wahai hati yang kecil"

Saturday, April 17, 2010

~Penawar hati hamba~


Untuk penawar hati cikgu..
thank's lots..tanpa kamu semua mungkin hati kecil ini tak mampu nak melangkah lagi..
dan..kerana kamu semualah hati kecil ini gagahkan diri untuk terus melangkah...
dan..kerana kamu semua jugalah hati kecil ini semakin berani untuk belajar untuk menerima hakikat...
sesungguhnya..hati kecil ini sentiasa mendoakan kejayaan kamu semua...
dan..hati kecil ini mengharapkan agar kamu semua tidak tersalah dalam mengatur langkah menusuri hari-hari yang akan mendatang..
dan pastinya hari-hari tersebut akan lebih mencabar dari semalam..
wahai penawar hati hamba..semua murid 4 utarid..jadikanlah setiap hari adalah hari milik kamu, di mana hari semalam telah pun kamu semua kuburkan bersama kenangannya...dan hari esok bukanlah menjadi penghalang buat kamu untuk terus melangkah..!! salam sayang dari cikgu untuk semua murid kelas 4 utarid.

Monday, April 12, 2010

~semalam bukan lagi hari untuk diratapi~

Benarkah hari ini adalah hari yang menjadi milik hati kecil ini?
ya...hari ini adalah hari yang menjadi milikmu wahai hati yang kecil.

Bukankah semalam dan hari-hari yang lalu hati kecil ini sangat hiba dan suram?

ya..tapi hari semalam dan kenangannya telahpun hati kecil ini ikat dengan kemas di penjara masa silam, agar ikatannya tidak terlepas...lalu membuaikan kembali ingatan yang terlalu pedih untuk dikenang..

Benarkah wahai hati yang kecil...dirimu mampu untuk mengikat kuat ikatan silam itu...atau...hati kecil sekadar menidakkan kenangan yang tetap utuh dalam ingatan?

ya...ingatan itu tetap utuh dalam hati kecil ini...namun..seperti ada satu semangat dan cahaya yang memandu hati kecil untuk terus cuba mengikatnya...

Dengan apa caranya hati kecil ini cuba mengikatnya...dengan mencari sang pujangga baru??

tidak...hati kecil ini tidak sesekali memilih jalan itu...hati kecil ini cuba mendekati Pencipta yang maha AGUNG...doakan hati kecil ini agar terus tetap dan utuh dengan semangatnya...sudah lama hati kecil ini melupakan PenciptaNYA..sedangkan penciptaNYA itulah yang seharusnya perlu lebih disayangi...bukanlah sang pujangga hati yang juga tercipta olehNYA...ah, betapa bodohnya hati kecil ini dahulu!!!!

Sunday, April 11, 2010

~Pelangi selepas hujan~


Indah kan pelangi yang muncul selepas hujan...
tapi, kenapa pelangi mesti turun selepas hujan?
adakah tuhan sengaja menciptakan pelangi yang indah selepas menurunkan hujan yang membuatkan langit gelap dan redup...
yang mana sebelum ni..langit cerah dan indah sekali pada pandangan mata kita?
ramai yang beranggapan, hujan itu musibah..?
hujan bukan musibah..hujan adalah rahmat..hujan adalah penyubur alam..walaupun kehadiran hujan ni kadang-kala akan membuatkan semua urusan kita tergendala...tapi, hujan adalah rahmat..rahmat disebalik dugaan yang Allah berikan pada kita...
sebab tu la..selepas hujan...Allah anugerahkan pelangi yang indah buat tatapan kita...
buat penyejuk hati dan penenang hati kita setelah diuji dek hujan yang turun tiba-tiba tu..?

wahai hati yang kecil...sudahkah pelangi muncul di dalam dirimu setelah langit hatimu mendung dan suram??
hati ykecil sudah pun melihat keindahan pelangi yang muncul selepas hujan itu...
~keep it smile~